APAKAH GIGI PALSU FLEKSIBEL?

Gigi palsu anda perlu tahan lasak, kerana itu ia diperbuat daripada bahan yang boleh tahan penggunaan harian bertahun-tahun lamanya. Terdapat pelbagai jenis gigi palsu yang anda boleh pilih, bergantung kepada situasi peribadi anda, dan gigi palsu fleksibel adalah salah satu daripadanya.

man enjoying difficult to eat food

APAKAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT GIGI PALSU FLEKSIBEL?

Gigi palsu fleksibel adalah sejenis gigi palsu separa, tetapi ia diperbuat daripada bahan yang berlainan daripada gigi palsu separa yang biasa. Kebanyakan gigi palsu fleksibel diperbuat daripada termoplastik nipis seperti nilon, berbanding dengan akrilik yang lebih tebal dan lebih tegar, yang digunakan dalam gigi palsu penuh.  
 

APAKAH MANAFAAT GIGI PALSU FLEKSIBEL?

Anda mungkin mendapati bahawa gigi palsu separa yang fleksibel adalah lebih selesa daripada gigi palsu separa lain yang boleh ditanggalkan, terutamanya jika anda masih baru dalam pemakaian gigi ganti. Bukan itu sahaja, kebanyakan gigi palsu separa biasanya diperbuat daripada bahagian logam yang mana adakalanya terserlah. Gigi palsu fleksibel tidak menggunakan sebarang bahagian logam, jadi ia kelihatan dan rasa jauh lebih semula jadi.
 

BAGAIMANA SAYA HENDAK MEMBERSIHKAN GIGI PALSU FLEKSIBEL?

Gigi palsu fleksibel memerlukan rutin khas untuk menjaga dan membersihkannya. Rutin biasa bagi membersihkan gigi palsu fleksibel adalah merendamkannya dalam larutan tablet pembersih gigi palsu, memberusnya bersih daripada sisa makanan dan akhir sekali membilasnya dengan air mengalir untuk membuang sisa tablet pembersih - atau seperti yang dinyatakan oleh arahan pada pek.
Doktor gigi anda boleh membantu anda membuat keputusan jenis gigi palsu yang mana paling sesuai dengan anda dan keadaan terbaik anda, yang membenarkan anda bebas untuk terus menikmati kehidupan.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022