Terma Penggunaan

Laman web ini dapat memberikan maklumat tentang keadaan perubatan dan kaedah rawatannya.  GSK tidak menyatakan bahawa bahan di laman ini adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan oleh khalayak selain daripada yang telah dimaksudkan.

Maklumat kesihatan

Laman web ini dapat memberikan maklumat tentang keadaan perubatan dan kaedah rawatannya.  GSK tidak menyatakan bahawa bahan di laman ini adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan oleh khalayak selain daripada yang telah dimaksudkan. Mereka yang memilih untuk mengakses laman web ini daripada lokasi lain melakukannya atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan yang berkaitan.  Sebagai tambahan, tiada maklumat di laman web ini patut ditafsirkan sebagai memberikan sebarang jenis nasihat atau cadangan perubatan dan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk sebarang keputusan atau tindakan. Nasihat perubatan khusus perlu sentiasa dirujuk kepada pengamal perubatan yang berkelayakan. 

GSK berusaha sebaik mungkin untuk mengemas kini laman web ini, namun beberapa maklumat mungkin sudah lapuk seiring dengan masa. Kecuali seperti yang dinyatakan secara khusus, GSK tidak bertanggungjawab atau memberikan waranti berkaitan dengan ketepatan, kesempurnaan atau penggunaan maklumat yang terdapat pada laman web ini.

Pautan hiperteks

Laman web ini dapat menghubungkan anda kepada laman web lain di Internet, termasuk laman web untuk gabungan GSK di negara-negara lain.  Sila pastikan yang anda membaca bahagian undang-undang dan dasar privasi pada mana-mana laman lain GSK atau pihak ketiga yang anda pautkan.  GSK tidak bertanggungjawab, tidak mengesyorkan dan tidak menerima sebarang liabiliti ke atas sebarang maklumat atau cadangan yang terdapat dalam sebarang laman web pihak ketiga.

orange arrow

Simbol ini yang terdapat di seluruh laman web, mewakili pautan kepada laman web luaran.

Harta Intelek

Semua hak harta intelek untuk bahan pada laman web ini dimiliki oleh kumpulan syarikat GSK, atau mereka telah diberi kebenaran untuk menggunakan bahan tersebut kecuali jika dinyatakan secara khusus. Pengeluaran semula sebahagian atau semua kandungan dalam sebarang bentuk adalah dilarang selain daripada yang selaras dengan kebenaran yang berikut.

Anda boleh membaca, melihat, mencetak, memuat turun dan menyalin bahan pada laman web ini untuk kegunaan peribadi anda dan bukan untuk tujuan komersial, tetapi hanya jika anda memperakui laman web ini sebagai sumber bahan dan menyertakan pernyataan hak cipta “© hak cipta terpelihara, kumpulan syarikat GSK”.  Kecuali dinyatakan secara khusus, penggunaan bahan lain adalah tidak dibenarkan.

Tiada maklumat yang terkandung dalam laman web ini yang boleh ditafsirkan sebagai pemberian lesen atau hak di bawah sebarang harta intelek (termasuk paten, tanda dagangan dan hak cipta) kumpulan syarikat GSK atau mana-mana pihak ketiga.

GSK tidak memiliki, atau mempunyai gabungan dengan, mana-mana tanda dagangan pihak ketiga yang dipaparkan pada laman web ini. Tanda dagangan pihak ketiga tersebut hanya digunakan untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan pemiliknya, dan tiada sebarang penajaan atau persetujuan daripada pihak GSK yang dapat disimpulkan daripada penggunaan tanda ini.

Penggunaan Maklumat

Komunikasi daripada pengguna atau bahan lain yang dikirim melalui Internet, diposkan di laman web GSK atau sebaliknya (selain daripada yang mengandungi maklumat peribadi dan/atau berkaitan kesihatan, yang termasuk dalam Dasar Privasi GSK) dianggap tidak sulit serta tidak prorietari, dan GSK tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berkaitan dengan maklumat tersebut.  GSK bebas menggunakan maklumat ini untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai, termasuk pengeluaran semula dan penerbitan, dan boleh menggunakan sebarang idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang terkandung dalam maklumat tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk tujuan komersial, tanpa membayar pengguna untuk hak berbuat demikian.

Privasi

GSK menghormati privasi pelawat laman webnya. Sila rujuk kepada Dasar Privasi GSK untuk penjelasan tentang hak dan tanggungjawab anda berkenaan dengan maklumat yang didedahkan pada laman web ini.

Bukan Jemputan untuk Berurusan

Tiada di laman web ini dianggap sebagai jemputan atau tawaran untuk melabur atau berurusan dalam keselamatan atau ADR GSK.  Khususnya, hasil dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada ramalan, cadangan atau jangkaan yang dinyatakan pada laman web ini, dan prestasi nilai keselamatan pada masa lalu tidak boleh digunakan sebagai panduan untuk prestasi masa depan.

Liabiliti

Kecuali jika dilarang oleh undang-undang dan kecuali untuk sebarang waranti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan ini, sebarang keadaan, waranti, jaminan, hak atau liabiliti yang sebaliknya akan tersirat dalam Terma Penggunaan ini atau dikenakan oleh undang-undang adalah dikecualikan. 

Penggunaan anda di laman web ini adalah risiko anda sendiri dan GSK tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan (termasuk tanpa batasan, kerosakan langsung, sampingan, turutan, tidak langsung atau punitif, atau kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan keuntungan, kehilangan data atau gangguan perniagaan) yang timbul daripada akses anda, penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan, laman web ini atau sebarang ralat atau ketinggalan dalam kandungannya. Ini termasuk kerosakan pada komputer anda atau harta benda lain, termasuk yang disebabkan oleh virus komputer atau mana-mana bahan lain yang berbahaya dari segi teknologi yang mungkin menyerang komputer atau harta benda lain kerana penggunaan anda di laman web ini, termasuk memuat turun sebarang fail atau kandungan lain daripada laman web ini.

Undang-undang Pentadbiran dan Bidang Kuasa

Perjanjian Terma Penggunaan dan penggunaan anda di laman web ini adalah di bawah pentadbiran undang-undang Inggeris tanpa mengambil kira konflik dasar undang-undang. Terma Penggunaan ini, kandungan dan pembentukannya (dan sebarang pertikaian atau tuntutan bukan kontrak) adalah di bawah pentadbiran undang-undang Inggeris. Anda secara jelas memahami dan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa peribadi dan eksklusif di bawah undang-undang England dan Wales.

Tajuk yang digunakan dalam Terma Penggunaan ini hanya untuk kemudahan dan tidak digunakan dalam menentukan makna atau tafsiran Terma Penggunaan ini.