GIGI PALSU YANG KELIHATAN ASLI

Gigi palsu (juga dikenali sebagai gigi tiruan) anda sepatutnya kelihatan asli dan tiada sebab kenapa ia tidak boleh. Terdapat pelbagai jenis gigi palsu dan jika anda ingin ia kelihatan seasli yang mungkin, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan seperti saiz, bentuk dan warnanya. Doktor gigi anda boleh memberi anda nasihat dan panduan apabila membuat keputusan itu sebelum memasang gigi palsu anda agar ia memberikan anda senyuman yang anda ingini.

Woman and man up close to each other

MENDAPATKAN PADANAN YANG BETUL

Sesetengah orang dapat membiasakan diri dengan gigi palsu mereka dengan cepat, sementara yang lain mungkin mendapati ada sedikit ketidakselesaan apabila membiasakan kepada gigi palsu baharu. Ini sama sekali normal dan ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk membiasakannya. Doktor gigi anda boleh memberikan anda nasihat untuk menjadikan pemakaian gigi palsu anda lebih selesa dan memastikan ia dipadankan dengan betul.
 

MEMILIH WARNA YANG BETUL

Warna gigi palsu anda boleh memainkan peranan yang penting dalam menjadikannya kelihatan asli, dan nasihat mudah didapati bagi membantu anda memilih yang paling sesuai dengan anda. Jika anda ingin gigi palsu anda kelihatan seperti gigi asli anda semungkin yang boleh, adalah lebih baik untuk anda membawa gambar untuk ditunjukkan kepada doktor gigi anda, atau membawa seorang kawan untuk memberikan pendapat.
Tapak di mana gigi palsu anda dipasang boleh dibuat untuk menyamai warna gusi anda.
 

MENGEKALKAN GIGI PALSU ANDA

Menjaga gigi palsu anda setiap hari, sebagaimana anda menjaga gigi asli anda, boleh membantu memastikan ia kekal kelihatan terbaik dan anda berasa yakin menyerlahkan senyuman anda. Doktor gigi anda boleh menasihati anda tentang kaedah pembersihan yang terbaik dan produk gigi palsu. Anda juga mungkin ingin bertanya tentang penyimpanan gigi palsu anda, supaya ia dapat disimpan dengan selamat apabila tidak berada di dalam mulut. Dengan menggunakan pembersih gigi palsu yang direka bentuk khas seperti Polident, anda boleh membunuh 99.9% daripada bakteria* penyebab bau, membantu menghilangkan kesan kotoran dan menjadikan gigi palsu anda kelihatan dan berasa bersih dan segar.

Terdapat banyak pilihan apabila memilih gigi palsu, dan dengan berbicara dengan doktor gigi anda, anda boleh memilih satu yang tepat untuk anda. Merasa selesa dengan bagaimana rupa gigi palsu anda seharusnya dapat meningkatkan keyakinan anda dan mengembalikan keseronokan kehidupan seharian anda.

*dalam ujian makmal

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022