APAKAH IMPLAN DAN JAMBATAN PERGIGIAN?

Gigi palsu (gigi tiruan) boleh memberikan anda senyuman yang anda ingin tunjukkan, namun begitu bergantung kepada keperluan anda, anda mungkin lebih suka penggantian alternatif. Sebagai ganti, anda boleh memilih implan atau jambatan pergigian, tetapi ia adalah pilihan peribadi dan yang doktor gigi anda boleh memberi banyak nasihat sebelum anda membuat keputusan.

Woman walking with friends

IMPLAN PERGIGIAN

Implan pergigian adalah satu cara biasa untuk menggantikan gigi yang tiada. Anda mungkin lebih menyukainya, kerana ia kelihatan dan rasa seperti gigi semula jadi disebabkan cara ia dipasang. Implan pergigian diperbuat daripada gabungan titanium dan bahan lain yang mesra tubuh, dan dibuat dalam bentuk penampalan pada rahang atas bawah semasa pembedahan. Gigi tersebut diperbuat daripada sama ada porselin atau akrilik.
Jika anda memikirkan tentang implan pergigian, doktor gigi anda boleh memberitahu anda sama ada gusi anda cukup sihat dan tulang rahang cukup kuat untuk menyokong tampalan tersebut, maka beritahu mereka tentang pilihan anda.

Anda patut ingat bahawa jika anda memilih implan pergigian, anda mungkin perlu menjalani lebih daripada sekali pembedahan. Doktor gigi anda boleh menasihati anda tentang setiap langkah rawatan supaya anda faham apa yang akan terlibat.
 

DAN BAGAIMANA PULA TENTANG JAMBATAN PERGIGIAN?

Jambatan pergigian tetap adalah diperbuat daripada logam, seramik dan porselin dan disimen atau dilekat pada tempatnya, mengisi ruang di mana satu atau lebih gigi anda tiada. Jika anda sedang menimbangkan untuk memasang jambatan pergigian, anda mungkin perlu berjumpa doktor gigi anda beberapa kali, supaya ia dapat dipasang dan kemudian disimen sebaik sahaja anda berpuas hati sepenuhnya dengan pemasangan. Jambatan yang boleh ditanggalkan mungkin juga satu pilihan untuk anda fikirkan, maka berbincanglah dengan doktor gigi anda tentang jenis yang paling sesuai dengan anda, setelah mereka memeriksa keadaan gusi dan gigi anda yang masih ada.

Yang pastinya, setelah penanaman atau jambatan pergigian anda dipasang, adalah sentiasa disaran untuk anda membuat rutin pembersihan yang betul untuk mengekalkan kesegaran terbaik mulut anda.

Anda mungkin diberi semua maklumat yang anda perlu tentang bagaimana anda boleh menggantikan gigi yang hilang dengan implan dan jambatan pergigian, dan masih memilih gigi palsu kerana ia lebih sesuai dengan keperluan anda. Apa sahaja keputusan anda, dan ia bergantung kepada pilihan peribadi, pastinya anda akan kembali berasa seperti anda dalam masa yang singkat.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022