APAKAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT GIGI PALSU?

Gigi palsu boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan bahan yang berbeza, dan dibuat sesuai hanya untuk anda. Ini adalah panduan apa yang anda boleh jangkakan apabila mendapat gigi palsu baharu anda dan daripada apa ia diperbuat.

Man with child

TAPAK GIGI PALSU

Tapak gigi palsu anda akan diperbuat terutamanya daripada akrilik, dan akan menyerupai rupa dan warna gusi anda, supaya gigi ganti anda kelihatan semula jadi di dalam mulut anda. Untuk membantu mengekalkan bentuk terbaik tapak gigi palsu anda, anda seharusnya menjaganya secara khusus apabila menanggalkan dan menyimpan gigi palsu anda kerana ia boleh pecah jika jatuh.
 

GIGI PALSU

Adalah penting bagi anda untuk mendapatkan gigi palsu yang kelihatan seasli yang mungkin dan membenarkan anda tersenyum dengan yakin. Oleh itu anda mungkin ingin mempertimbangkan dua jenis gigi palsu yang ada: porselin dan akrilik.
Porselin adalah bahan yang paling menyerupai rupa dan rasa enamel gigi, menjadikan ia tepat untuk gigi ganti. Selain daripada kelihatan semula jadi, gigi porselin baharu anda juga adalah lebih keras daripada akrilik dan selalunya lebih tahan lama, membolehkan anda menikmati makanan yang anda suka. Doktor gigi anda boleh membantu anda memilih bahan yang paling sesuai dengan anda bergantung kepada cara hidup anda, kerana porselin cenderung untuk menyerpih.

Gigi palsu akrilik yang berkualiti tinggi boleh juga kelihatan amat semula jadi bersebelahan dengan gigi anda sendiri, korona logam atau gigi tampal, dan jauh kurang rapuh dari gigi porselin. Namun begitu adalah penting untuk diambil perhatian, bahawa gigi akrilik pada gigi palsu penuh atau separa boleh merosot lebih cepat daripada porselin.
Gigi palsu akrilik lebih lembut sehingga 10 kali ganda daripada gigi asli anda, oleh itu mengamalkan penjagaan gigi palsu yang baik dan satu rutin pembersihan pakar adalah penting untuk mengekalkannya dalam keadaan yang baik. Menggunakan tablet pembersih gigi palsu seperti yang ditawarkan dalam siri Polident akan membersih dengan mendalam dan membuatkan anda berasa segar dengan gigi palsu anda.
 

RANGKA GIGI PALSU

Untuk rangka gigi palsu dan pendakap logam pada gigi palsu separa, krom kobalt adalah bahan yang paling terkenal. Ini kerana ia amat kuat, membantu menyokong struktur gigi palsu, dan tahan tekanan daripada pengunyahan. Bahan lain yang digunakan dalam rangka gigi palsu adalah nikel krom, keluli tahan karat dan emas.

Untuk membantu anda berasa selesa dan yakin gigi palsu anda diperbuat daripada bahan yang paling sesuai untuk anda, doktor gigi anda akan membantu anda dalam membuat keputusan ini. Sebaik sahaja gigi palsu anda telah dipadankan, anda boleh kembali menikmati makanan yang anda suka.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022