KESAN GIGI PALSU KE ATAS GIGI SEMULA JADI SAYA

Jenis gigi palsu (gigi tiruan) yang paling biasa adalah gigi palsu lengkap, yang menggantikan set gigi atas dan bawah anda, dan gigi palsu separa, yang menggantikan beberapa gigi yang tiada dengan menempel kan kepada gigi semula jadi yang masih ada.
Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk memastikan bahawa anda menjaga kedua-dua gigi semula jadi dan palsu anda bagi mengekalkan bentuk terbaik mereka.

Woman walking with friends

MENJAGA GIGI PALSU ANDA

Menjaga gigi palsu anda akan membantu ia bertahan lebih lama, dan membolehkan anda merasa lebih yakin yang ia kelihatan terbaik. Jika anda ingin memperbaiki rutin penjagaan gigi palsu anda, berikut beberapa tip mudah untuk membantu:

  • Apabila anda membersihkan gigi palsu anda, lakukannya di atas tuala atau mangkuk berisi air supaya ia tidak terhentak kuat bila terjatuh.
  • Untuk pembersihan yang sempurna, anda mungkin ingin menggunakan tablet pembersih gigi palsu seperti yang ditawarkan dalam rangkaian Polident, yang akan membunuh 99.9% daripada bakteria penyebab bau* selagi mengikuti tiga langkah: merendam, memberus dan membilas.
  • Selepas direndam, memberus gigi palsu anda dengan berus gigi lembut akan menanggalkan sebarang sisa makanan. Anda kemudiannya patut membilas gigi palsu anda dengan teliti. Anda hendaklah sentiasa mengikuti arahan pek tersebut dan jika ya, proses itu akan menyebabkan gigi palsu anda berasa segar dan membantu menjaga plak dan tartar.
  • Menggunakan pelekat gigi palsu seperti Pelekat Polident boleh membantu menghalang sisa makanan daripada terkumpul di bawah gigi palsu anda dan menyebabkan kejengkelan.
  • Adalah penting untuk membiarkan gigi palsu anda terendam sepenuhnya di dalam air apabila tidak memakainya, supaya ia tidak kering.

MENJAGA GIGI ASLI ANDA

Pastikan anda memberus gigi semula jadi anda dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida, dan juga menggunakan alat bantuan antara pergigian seperti flos, berus dsb. untuk menanggalkan sisa makanan pada celah gigi, dan garis gusi. Menukar berus gigi anda secara berkala adalah penting dan ianya patut dilakukan setiap tiga hingga empat bulan apabila berusnya mula berubah bentuk. Berbicaralah dengan doktor gigi anda jika anda mempunyai sebarang soalan tentang memberus gigi semula jadi anda.
Gigi palsu baharu anda boleh membantu anda merasa yakin apabila berbicara, makan dan senyum. Menjaga gigi palsu anda seperti mana anda menjaga gigi semula jadi anda boleh mengekalkan kedua-duanya dalam keadaan terbaik – memberi maksud mulut yang bersih dan sihat, dan anda lebih gembira.

* Peratus yang dicapai dalam ujian makmal

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022