APA YANG BOLEH DIJANGKAKAN APABILA MENDAPATKAN GIGI PALSU PERTAMA ANDA

Bagi kebanyakan orang, gigi palsu hanyalah sebahagian daripada kehidupan seharian dan jika doktor gigi anda menasihatkan anda untuk mempertimbangkan gigi palsu, anda tidak keseorangan. Berjuta orang memakai gigi palsu, membantu mereka untuk makan, bercakap dan senyum dengan yakin setiap hari.

woman getting closer to others

Dengan mengetahui apa yang boleh dijangkakan sepanjang proses, boleh menenangkan sebarang kerisauan dalam fikiran anda ketika berada dalam selang waktu antara lawatan ke doktor gigi dan masa untuk menyesuaikan diri, jika anda baru kepada gigi palsu. Ini adalah panduan tentang apa yang anda boleh jangkakan semasa proses tersebut:

MEMASANG GIGI PALSU ANDA

Apabila gigi palsu anda hendak dipasang, langkah-langkah berikut berkemungkinan akan diambil:

  • Pencabutan gigi: Doktor gigi anda akan menerangkan langkah-langkahnya, apa yang anda boleh jangkakan, dan boleh juga memberi nasihat untuk tempoh selepasnya supaya anda berasa selesa dan memahami sepenuhnya, jika gigi anda perlu dicabut.
  • Impresi: Acuan mulut anda akan diambil bagi membuat gigi palsu yang khusus untuk anda.
  • Acuan gigitan: Blok lilin digunakan untuk memeriksa yang gigitan anda adalah selesa. Anda mungkin juga akan diminta untuk memilih bentuk dan warna gigi baharu anda pada peringkat ini.
  • Model lilin: Gigi baharu anda akan dibentuk pada lilin, bagi membantu anda mendapatkan idea bagaimana gigi palsu anda akan kelihatan dan bekerja.
  • Pemasangan: Gigi palsu akhir anda telah dipasang dan anda akan diberi arahan tentang bagaimana untuk menjaganya.

Apabila anda pergi untuk khidmat perundingan bagi membincangkan rupa dan rasa gigi palsu baharu anda, adalah baik jika anda membawa bersama anda orang yang disayangi untuk sokongan. Membawa bersama anda foto lama boleh juga membantu anda memilih set gigi yang berpadanan dengan gigi asal anda, membolehkan anda berasa seperti diri anda sendiri semula.
Jika anda memutuskan untuk memasang gigi palsu segera selepas gigi anda dicabut, doktor gigi anda boleh memberi anda nasihat tentang ini.
 

MENYESUAIKAN DIRI DENGAN GIGI PALSU

Sebaik sahaja gigi palsu anda dipasang, anda mungkin berasa pelik pada mulanya, tetapi ini normal. Mulut, lidah dan otot wajah anda akan biasa dengannya. Tugasan harian seperti makan dan bertutur, mungkin perlukan sedikit latihan tetapi lakukanlah beransur-ansur dan anda akan kembali kepada diri anda sendiri dalam masa yang singkat. Doktor gigi anda boleh menasihati anda tentang produk - seperti pelekat dan pembersih gigi palsu - yang akan membuat anda lebih yakin apabila memakai gigi palsu anda.
 

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENDAPATKAN GIGI PALSU?

Ia mengambil masa mungkin dalam beberapa bulan sahaja dari janji temu pertama anda hingga ke hari di mana anda berasa selesa sepenuhnya dengan gigi palsu baharu anda. Anda boleh menjangkakan untuk membuat empat atau lima janji temu dengan doktor gigi anda sepanjang tempoh tiga hingga enam minggu, tetapi ini berbeza antara seorang dengan yang lain.

Dengan membuat janji temu doktor gigi secara tetap selepas gigi palsu anda dipasang, ini akan membantu memastikan gigi palsu anda berada dalam keadaan baik, begitu juga keseluruhan mulut anda.

Memasang gigi palsu memberikan banyak manfaat dan prosesnya tidak rumit seperti yang anda sangkakan. Sebaik sahaja gigi palsu baharu anda dipasang dengan sempurna, anda boleh kembali memanfaatkan sepenuhnya setiap hari anda.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022