BAGAIMANA HENDAK MEMAKAI GIGI PALSU?

Sebelum anda mula memakai gigi palsu (juga dikenali sebagai gigi tiruan), anda mungkin mempunyai beberapa soalan tentang apa yang boleh dijangkakan sebelum, semasa dan selepas pemasangan gigi palsu anda. Inilah sebabnya megapa kami menghasilkan panduan ini untuk memberitahu anda apa yang boleh dijangkakan pada setiap peringkat perjalanan gigi palsu.

 woman eating with husband

MEMASANG GIGI PALSU ANDA

Langkah pertama ialah mengambil acuan mulut anda dengan bahan impresi bagi mendapatkan impresi tepat gusi anda. Peringkat berikut bagi pembentukan gigi palsu anda akan membantu memastikan gigi palsu anda padan dan unik sepenuhnya kepada anda. Satu set gigi palsu akan dibuat daripada lilin bagi anda mencuba sebelum yang sebenarnya dipasang. Pada tahap ini anda boleh berbincang warna, kesepadanan dan rasa gigi palsu percubaan anda.

Gigi palsu penuh dipasang apabila semua gigi atas dan bawah perlu dicabut, dan akan dipasang di atas gusi dan tulang rahang anda.

Gigi palsu separa akan diklip pada mana-mana gigi asli yang tinggal dengan pendakap logam, dan boleh dicabut klip dan ditanggalkan.
 

KEHIDUPAN DENGAN GIGI PALSU

Sementara menyesuaikan diri dengan gigi palsu baharu anda, anda mungkin ingin sering berbicara dengan doktor gigi anda, supaya mereka boleh menjawab sebarang persoalan anda. Sebaik sahaja gigi palsu anda dipasang, anda seharusnya membenarkan antara lima hingga lapan jam untuk ia tetap di dalam mulut anda. Ia mungkin berasa janggal pada mulanya dan yang di bahagian bawah mungkin berasa longgar sehingga otot dan lidah anda belajar bagaimana untuk mengekalkan kedudukannya.

Anda mungkin dinasihatkan untuk memakai gigi palsu anda setiap waktu bagi 24 jam yang pertama dan mengalami kesakitan ketika penyesuaian ini adalah normal. Namun begitu, perlu diingati, jika kesakitan tersebut berterusan anda seharusnya menghubungi doktor gigi anda.
 

MEMBIASAKAN DIRI DENGAN GIGI PALSU ANDA

Anda akan terbiasa dengan gigi palsu baharu anda dan menikmati keyakinan yang baharu dalam senyuman anda, tetapi ia memerlukan kesabaran dan sedikit latihan semasa anda menyesuaikan diri dengannya dalam jangka pendek. Ini adalah apa yang anda mungkin alami:

  • Aliran air liur anda mungkin bertambah untuk sementara waktu.
  • Anda mungkin mengalami iritasi atau kesakitan ringan yang akan berkurang akhirnya. 
  • Sesetengah makanan mungkin sukar untuk dikunyah pada mulanya, jadi anda mungkin ingin mulakan dengan makanan lembut semasa menyesuaikan diri dengan gigi palsu anda. Sentiasa sedar untuk mengunyah di kedua-dua belah mulut untuk mengekalkan tekanan yang sama rata.
  • Rasa hendak gag atau muntah adalah biasa bagi orang yang memakai gigi palsu buat pertama kali, tetapi jangan biarkan ia mematahkan semangat anda. Latihan bernafas dan teknik untuk relaks yang mudah akan membebaskan fikiran anda daripadanya dan membantu anda berasa terkawal dan selesa. Anda boleh juga pertimbangkan untuk mendengar muzik kegemaran anda semasa memakai atau menanggalkan gigi palsu supaya fikiran anda tidak hanya terfokus kepadanya.

Anda juga mungkin perlu berlatih bercakap dengan gigi palsu. Anda boleh cuba membaca dengan kuat atau menyebut perkataan-perkataan yang lebih rumit di hadapan cermin – dalam masa yang singkat anda akan membina keyakinan untuk berbual dengan orang lain. Sebilangan orang mendapati menggunakan pelekat gigi palsu boleh membantu sementara membiasakan memakai gigi palsu kerana ia memberikan kestabilan tambahan, jadi ini mungkin sesuatu yang anda ingin bincangkan dengan doktor gigi anda.
Di mana sahaja anda berada dalam rutin harian anda, tiada siapa yang perlu mengetahui bahawa anda sedang menyesuaikan diri kepada gigi palsu baharu, jadi anda boleh terus bermain, bekerja dan hidup seperti biasa.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022