NASIHAT TENTANG BERTUTUR DENGAN GIGI PALSU

Memakai gigi palsu tidak seharusnya menghalang anda daripada perbualan harian anda walaupun benar ia akan memberi kesan ke atas pertuturan anda. Namun begitu, terdapat perkara mudah yang anda boleh lakukan untuk membiasakan diri bertutur dengan gigi palsu baharu anda dan membolehkan anda didengari.

Woman walking with friends

ULANGAN, SEBUTAN DAN PEMANJANGAN

Apabila anda baru memasang gigi palsu, mungkin terdapat beberapa perkataan yang anda dapati sukar untuk disebut, tetapi ini adalah sama sekali normal. Dengan hanya berlatih mengulang dan memanjangkan perkataan dan ungkapan yang biasa digunakan akan membantu anda berkomunikasi dengan berkesan sambil memakai gigi palsu anda. Anda sedang melatih semula mulut anda dengan berkesan untuk menyebut dengan terang dan betul sambil memakai gigi palsu anda. Huruf ‘S’ dan ‘F’ cenderung paling bermasalah, jadi cuba dengan perkataan yang mengandungi huruf-huruf tersebut.
 

BACA KUAT KEPADA DIRI ANDA SENDIRI

Sebaik sahaja anda mula menguasai sebutan, anda perlu mendapatkan semula keyakinan bertutur sambil memakai gigi palsu anda. Cuba membaca akhbar harian atau buku dengan kuat kepada diri anda sendiri - ini akan membantu anda membiasakan dengan bunyi suara anda apabila memakai gigi palsu, yang mana akan membantu menambahkan keyakinan anda apabila bertutur. Juga, cuba melihat di depan cermin – seperti anda sedang berlatih membuat ucapan – sambil melakukannya, supaya anda dapat melihat corak pertuturan anda tidak berbeza dengan sebelum memakai gigi palsu.
 

BERTUTUR DENGAN YAKIN

Bertutur dengan keluarga dan kawan-kawan adalah cara terbaik untuk membantu dan memperbaiki keseluruhan pertuturan anda. Dengan adanya seseorang yang rapat dengan anda mendengar corak pertuturan anda amat membantu, kerana mereka boleh mengenal pasti perkataan mana yang anda menghadapi kesukaran dan mungkin perlu berlatih lagi. Berbual sambil memakai gigi palsu akan juga membuatkan anda berasa lebih seperti diri anda sendiri dan boleh menjadi perangsang kepada keyakinan anda.

Jika anda telah mencuba latihan ini dan masih lagi sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan bergigi palsu, berbicara dengan doktor gigi anda seharusnya menjadi langkah selanjutnya. Mereka boleh memberikan nasihat dan maklumat lanjut mengenai bantuan tambahan, seperti pelekat gigi palsu, bagi membantu anda tersenyum semula.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022