APAKAH GIGI PALSU SEMENTARA?

Gigi palsu sementara (gigi tiruan) adalah gigi palsu yang boleh dipasang terus selepas gigi anda dicabut – juga dikenali sebagai gigi palsu segera. Ia adalah satu pilihan untuk membantu anda meneruskan kehidupan seperti biasa sementara menunggu gigi palsu kekal yang baharu dipasang.

Doktor gigi anda mungkin mengesyorkannya untuk membantu mulut anda agar mudah menerima pemakaian gigi palsu, atau jika anda pernah mempunyai isu gigi atau gusi sensitif sebelum ini. Dengan mengurangkan tekanan pada gigi semula jadi anda yang masih ada semasa makan, gigi palsu sementara akan membenarkan mulut anda pulih tanpa memerlukan anda membuat perubahan besar kepada cara hidup anda.

Baca panduan kami tentang apa yang anda boleh jangkakan semasa proses gigi palsu sementara.

woman spending time with child

IMPRESI DAN PEMBENTUK

Jika anda memilih untuk memasang gigi palsu sementara, proses pembuatannya adalah sama dengan apabila gigi palsu kekal anda dipasang. Bagaimanapun, dengan gigi palsu sementara, pembentuk dalam mulut dan impresi gigitan anda akan diambil sebelum gigi anda dicabut, supaya semua itu siap tersedia sebaik prosedur anda selesai. Gigi palsu baharu anda akan dibentuk sebaik sahaja gusi anda pulih sepenuhnya – biasanya dalam enam hingga lapan minggu kemudian.
 

BERIKAN IA MASA

Adalah normal bagi mulut, lidah dan gusi anda berasa sedikit kurang selesa dengan adanya gigi palsu di dalam mulut anda pada mulanya. Doktor gigi anda boleh memberi nasihat jika sebarang ketidakselesaan atau masalah berterusan, dan juga mencadangkan produk yang boleh membantu proses perlapisan- seperti pelekat gigi palsu - atau membuat penyesuaian jika perlu.
 

MEMBIARKAN ANDA, MENJADI DIRI ANDA SENDIRI

Faedah utama dalam mendapatkan gigi palsu sementara adalah mudah – ia membolehkan anda hidup seperti biasa sebaik sahaja selepas gigi anda dicabut. Anda boleh kembali menikmati makanan yang anda suka tanpa memberikan tekanan yang terlalu banyak kepada gigi semula jadi anda yang masih ada. Sebaik sahaja gigi palsu kekal anda siap, anda telah mempunyai pengalaman memakai gigi palsu – sesuatu yang berguna di peringkat awal.

Gigi palsu sementara akan membolehkan anda hidup dengan yakin pada masa terdekat selepas gigi anda dicabut. Dan sebaik sahaja gigi palsu kekal anda siap, anda boleh mempamerkan senyuman baharu itu.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022