BERAPAKAH KOS GIGI PALSU?

Sekarang anda akan mendapatkan gigi palsu, anda mungkin terfikir bila dan di mana untuk mendapat rawatan, dan berapa kosnya. Kos gigi palsu akan bergantung kepada beberapa perkara, seperti apa rawatan yang anda perlukan, apa bahan yang digunakan untuk membuat gigi palsu anda dan di mana anda boleh mendapatkan rawatan.

Woman walking with friends

JENIS-JENIS GIGI PALSU

Gigi palsu boleh diperbuat daripada pelbagai bahan bergantung kepada jenis yang anda pilih. Bergantung kepada sama ada anda telah mencabut semua atau beberapa batang gigi anda, jenis gigi palsu yang padan dengan anda akan berbeza, begitu juga dengan harganya.
Tapak gigi palsu selalunya diperbuat daripada akrilik yang tegar, yang mana anda boleh membantu membentuknya dengan mengambil acuan bentuk gigi di dalam mulut anda semasa lawatan ke doktor gigi. Ini memastikan anda boleh memakai gigi palsu anda dengan padanan yang selesa.
Gigi palsu separa diperbuat daripada campuran akrilik dan sedikit logam, yang mana digunakan untuk membantu mendakapnya pada tempatnya di dalam mulut anda. Tapak sesetengah gigi palsu separa adalah diperbuat daripada jenis termoplastik yang lebih fleksibel seperti nilon – ini satu kaedah yang lebih mahal tetapi boleh kelihatan dan berasa lebih semula jadi.
Gigi pada gigi palsu selalunya diperbuat daripada plastik atau akrilik. Anda mungkin lebih suka ia diperbuat daripada porselin, walaupun kosnya lebih mahal.

JENIS RAWATAN GIGI

Pada umumnya, jumlah kos gigi palsu anda bergantung kepada berbagai faktor: Kerja yang perlu dilakukan, bilangan janji temu susulan, jenis gigi palsu yang anda pilih dan juga doktor gigi yang memberi perkhidmatan.

Untuk memastikan anda mendapat gigi palsu yang betul untuk anda, doktor gigi anda boleh menasihatkan tentang rancangan terbaik dan jenis gigi palsu bergantung kepada peruntukan belanja anda, kerana beberapa pilihan mungkin lebih mahal daripada yang lain.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022