ADAKAH SAYA MEMERLUKAN GIGI PALSU?

Jika anda tertanya-tanya bagaimana hendak mengetahui jika anda atau saudara-mara anda memerlukan gigi palsu, maka orang yang terbaik untuk mendapatkan nasihat adalah seorang profesional pergigian. Seorang doktor gigi akan boleh memeriksa gigi anda dan kesihatan mulut anda keseluruhannya dan memberi nasihat pakar sama ada anda memerlukan gigi palsu. Doktor gigi anda juga boleh menasihati anda tentang pelbagai jenis gigi palsu yang ada, bagaimana ia dipasang dan bagaimana cara terbaik untuk memanfaatkannya.

Gigi palsu adalah alat yang boleh ditanggal, digunakan untuk menggantikan gigi semula jadi yang tiada. Ia boleh membantu memperbaiki wajah anda dan membuat anda berasa lebih yakin untuk senyum.

Ia datang dalam dua jenis yang berlainan: Gigi palsu lengkap, adakalanya dikenali sebagai set penuh, yang mana digunakan untuk menggantikan semua gigi atas dan/atau gigi bawah dan gigi plasu separa, yang mana digunakan untuk menggantikan satu atau hanya beberapa batang gigi. Gigi palsu adalah direka bentuk khas supaya sesuai dengan mulut anda, bagi menjadikannya selesa dan seperti semula jadi yang mungkin.

Terdapat banyak sebab kenapa anda mungkin bertanya ‘Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya memerlukan gigi palsu?’ Berikut kami menjawab soalan-soalan lazim tentang sebab anda mungkin perlu gigi palsu:
 

GIGI SAYA PATAH - PERLUKAH SAYA GIGI PALSU?

Biasanya doktor gigi anda boleh membaiki gigi yang patah. Tetapi jika satu atau lebih gigi anda rosak teruk dan perlu dicabut, dan jika gigi tercabut dan hilang, anda mungkin boleh menimbangkan gigi palsu bagi menggantikan gigi anda yang tiada. Doktor gigi anda boleh menasihati anda tentang semua pilihan yang ada untuk merawat gigi yang patah.
 

ADAKAH MASALAH GIGI DAN GUSI SAYA BERMAKNA SAYA AKAN MEMERLUKAN GIGI PALSU?

Jika anda menghadapi masalah dengan gigi dan gusi anda, anda perlu meminta nasihat dari profesional pergigian pada pertama kalinya berlaku. Doktor gigi anda boleh menasihati bagaimana potensi untuk merawat atau membantu menghentikan masalah daripada bertambah teruk. Untuk melindungi gusi dan gigi anda sepatutnya kekal dengan satu rutin kesihatan mulut yang betul, termasuk memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

Terdapat masalah gigi dan gusi yang teruk yang mungkin bermakna gigi anda perlu dicabut. Jika anda mempunyai gigi yang reput atau rosak teruk yang tidak boleh dibaiki, atau penyakit gusi yang menyebabkan gigi longgar atau rosak, anda mungkin perlu mencabut gigi tersebut. Jika anda memerlukan gigi anda dicabut, doktor gigi anda boleh menasihati anda tentang semua pilihan dan mungkin mencadangkan untuk menimbangkan gigi palsu.
 

ADAKAH NAFAS BERBAU BUSUK SATU TANDA SAYA MEMERLUKAN GIGI PALSU?

Nafas berbau busuk hanya mungkin satu tanda bahawa anda telah memakan sesuatu yang berbau kuat, dan bukan tanda anda memerlukan gigi palsu. Jika ia berterusan anda patut merujuk kepada doktor gigi anda untuk mencari puncanya, kerana ia mungkin tanda penyakit gusi.

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terbina di atas dan di sekeliling gigi anda. Jika anda tidak menghilangkannya dengan teliti dengan memberus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos selalu, ia akan merengsakan gusi dan menyebabkan radang gusi.

Jadi, walaupun nafas berbau busuk tidak bermakna anda memerlukan gigi palsu, ia mungkin satu tanda yang anda perlu berjumpa doktor gigi anda untuk merawat sebarang masalah sebelum anda kehilangan gigi anda.
 

ADAKAH RADANG GUSI BERMAKNA SAYA MEMERLUKAN GIGI PALSU?

Walaupun gusi bengkak atau radang gusi mungkin tidak bermakna anda perlu gigi palsu, ia adalah tanda yang anda patut berjumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan nasihat pakar tentang bagaimana untuk merawat radang gusi anda.
 

ADAKAH SAKIT GIGI YANG TERUK MENANDAKAN SAYA PERLU GIGI PALSU?

Sakit gigi semata biasanya bukanlah tanda anda memerlukan gigi palsu. Terdapat banyak sebab gigi anda boleh sakit, jadi adalah sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mengetahui puncanya. Sakit gigi boleh disebabkan oleh:

  • Karies gigi – adalah hasil pereputan gigi, yang berlaku apabila bakteria di dalam mulut anda menghasilkan asid yang menyebabkan lubang yang menyakitkan dalam gigi anda.
  • Kepekaan gigi – jika anda berasa kesakitan yang tajam apabila anda makan atau minum sesuatu yang sejuk, panas, manis atau masam, ini mungkin kepekaan gigi.
  • Penyakit gusi – juga dikenali sebagai gingivitis (radang pada gusi), atau jika ia lebih teruk, periodontitis, penyakit gusi boleh menyebabkan sakit gigi.
  • Trauma kepada gigi atau gusi – Jika anda mengalami kemalangan atau kecederaan sukan yang merosakkan gigi atau gusi anda, ini boleh menyebabkan sakit gigi yang teruk. Jika anda mempunyai kecederaan gigi yang trauma, anda hendaklah mendapatkan pemeriksaan segera dari doktor gigi anda.

Jika anda mengalami sakit gigi, yang terbaik untuk anda lakukan adalah berjumpa doktor gigi anda untuk mengetahui puncanya dan berbincang tentang pilihan rawatan yang ada bagi merawatnya.
 

JANGAN RISAU JIKA ANDA RASA ANDA MUNGKIN PERLU GIGI PALSU

Jika anda khuatir tentang gigi atau gusi anda dan tertanya-tanya sama ada anda atau orang yang tersayang memerlukan gigi palsu, maka rujuklah kepada profesional pergigian untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu.

Jika benar doktor gigi anda memasang gigi palsu anda, Polident ada satu siri pembersih khas untuk membersih dan menyegarkannya dan pelekat gigi palsu untuk memastikan ia selamat dan selesa untuk dipakai, supaya anda boleh meneruskan kehidupan anda tanpa risau tentang gigi palsu anda.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022