OVERBIT DAN UNDERBIT DENGAN GIGI PALSU

Jika gigi palsu anda tidak tertutup rapat dengan betul apabila anda menggigit, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, tetapi doktor gigi anda boleh membantu anda mengatasi sebarang isu, memastikan anda mempunyai padanan yang betul bagi membantu anda makan dan bertutur dengan selesa.
Memakai gigi palsu boleh membantu mengembalikan keyakinan anda, oleh itu berbaloi untuk berbicara dengan doktor gigi anda untuk mengetahui bagaimana anda boleh cuba mendapatkan padanan yang betul.

woman exercising with friends

BAGAIMANA GIGI PALSU BOLEH MENYEBABKAN OVERBIT ATAU UNDERBIT?

Penjajaran semula jadi rahang anda bermakna yang anda mempunyai sedikit overbit atau underbit – kebanyakan daripada kita begitu. Mempunyai overbit/underbit pada gigi palsu bermakna yang gigi baharu anda tidak berbaris dari belakang ke depan apabila mulut anda tertutup. Dan ini bermakna rahang anda tidak berada dalam kedudukan yang selesa apabila ditutup, yang mana boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila makan dan bertutur

Doktor gigi cenderung untuk mengawasi overbit pesakit dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada isu dengan gigi asli, dan juga gigi palsu. Jika lama kelamaan anda dapati semakin sukar untuk menggigit rapat dengan selesa, ia mungkin kerana gigi palsu anda tidak lagi begitu padan dengan betul – dalam hal ini ada baiknya anda membuat janji temu dengan doktor gigi anda.

Anda berdua boleh bekerjasama untuk mencari apa yang menyebabkan isu tersebut – jika overbit atau underbit terhasil akibat padanan gigi palsu yang semakin tidak selesa, doktor gigi anda boleh membuat penyesuaian mudah ke atas gigi palsu bagi membantu.
Anda akan segera kembali menikmati kehidupan anda yang sepatutnya.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022