BAGAIMANA UNTUK MEMBERSIHKAN KESAN NIKOTIN DARIPADA GIGI PALSU?

Sama seperti gigi semula jadi anda, gigi palsu anda (juga dikenali sebagai gigi tiruan) boleh menghadapi risiko pewarnaan dan perubahan warna daripada minuman seperti teh atau kopi, dan makanan seperti kari. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok juga sangat sukar untuk dihilangkan. Doktor gigi anda mungkin dapat membersihkan gigi palsu anda secara profesional, tetapi anda harus membersihkannya setiap hari untuk memastikan gigi palsu dalam keadaan terbaik.

Woman and man up close to each other

Menetapkan rutin pembersihan harian dan mengetahui cara membersihkan gigi palsu dengan kesan kotoran dapat membuatkan anda berasa gembira dan yakin dengan senyuman anda. Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu membersihkan dan mengurangkan kesan nikotin pada gigi palsu anda:

MENGGUNAKAN PEMBERSIH GIGI PALSU

Adalah penting untuk membersihkan gigi palsu anda sekerap mana yang anda lakukan pada gigi semula jadi anda. Untuk hasil terbaik, dan untuk mengelaknya daripada rosak, rendam gigi palsu anda dalam air suam (tidak panas) dan masukkan tablet pembersih. Menggunakan tablet pembersih gigi palsu, seperti yang ditawarkan dalam rangkaian Polident, dapat membantu menghilangkan kesan kotoran degil dan mengekalkan warna asal gigi palsu anda, serta mencegah pengumpulan plak*.
 

MERENDAM

Semasa merendam gigi palsu, pastikan gigi palsu betul-betul tenggelam ke dasar larutan untuk memastikan gigi palsu tidak kering. Ikut arahan seperti yang ditunjukkan pada pek yang berkaitan dengan tempoh masa yang diperlukan untuk merendam gigi palsu anda.
 

MEMBERUS GIGI

Setelah merendam, menggosok gigi palsu anda dengan lembut dengan baki larutan pembersih dapat membantu untuk menghilangkan plak atau sisa makanan dengan berkesan. Menggunakan berus gigi palsu khas adalah yang terbaik bagi proses ini, kerana bulu pada berus gigi biasa kadangkala terlalu keras dan boleh mencalarkan permukaan gigi palsu.
 

MEMBILAS

Letakkan gigi palsu anda di bawah air yang mengalir dan bilas dengan baik untuk membuang sisa-sisa larutan pembersih, dan gigi palsu anda sudah tersedia untuk digunakan semula. Pastikan untuk membuang apa yang tersisa daripada larutan rendaman dan gunakan tablet pembersih baharu semasa pembersihan gigi palsu anda yang seterusnya.

* Apabila digunakan seperti yang diarahkan

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022