BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN NAFAS BERBAU BUSUK DENGAN GIGI PALSU

Seperti gigi semula jadi anda, plak dan tartar boleh terkumpul di gigi palsu anda, dan ini boleh menyebabkan nafas berbau busuk. Namun begitu terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil, untuk memastikan gigi palsu anda bersih, segar dan membantu anda berasa yakin dalam meneruskan hari anda.

woman spending time with child

APA YANG BOLEH MENYEBABKAN NAFAS BERBAU BUSUK SEMASA MEMAKAI GIGI PALSU?

Selepas makan, sisa makanan boleh terselit di bawah gigi palsu anda dan boleh menjadi punca kepada sebarang potensi nafas berbau busuk. Plak yang terhasil akibat sisa makanan yang masih ada boleh membentuk satu lapisan di sekeliling gigi palsu anda, menghasilkan bau yang tidak sedap. Kegagalan anda membersihkan gigi palsu anda setiap hari boleh juga menyebabkan nafas berbau busuk akibat pengumpulan bakteria, sebagaimana juga memakai gigi palsu sepanjang masa.
 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGELAKKAN BAU NAFAS BUSUK SEMASA MEMAKAI GIGI PALSU?

Gunakan pelekat gigi palsu: Menggunakan pelekat gigi palsu boleh membantu menghalang makanan daripada terperangkap di bawah gigi palsu anda dengan membentuk pengadang antara gusi dan gigi palsu. Ini membolehkan anda menikmati makanan anda, tanpa risau tentang nafas berbau busuk.

Bersihkannya selalu: Anda hendaklah membersihkan gigi palsu anda dari makanan dan plak setiap hari untuk mengekalkan kesegarannya dan terus berasa yakin apabila bercakap dengan kawan-kawan dan keluarga. Terdapat tiga langkah yang anda boleh ikut bagi membantu anda senyum dengan yakin – rendam, berus dan bilas. Satu cara yang berkesan untuk membersihkan gigi palsu adalah membersihkannya dengan sempurna dengan merendamnya di dalam tablet pembersih gigi palsu pakar, seperti Polident. Tablet pembersih tersebut membunuh 99.9% bakteria penyebab bau* - untuk hasil yang terbaik pastikan anda mengikuti arahan pada pek dengan teliti.

Kemudian anda hendaklah memberus keluar sebarang sisa makanan dari gigi palsu anda menggunakan berus gigi lembut. Setelah merendam dan memberus, anda hendaklah membilas gigi palsu anda di bawah air mengalir dengan teliti.

Tanggalkan gigi palsu anda di waktu malam: Anda hendaklah menanggalkan gigi palsu anda sebelum tidur bagi memberi kerehatan sebaiknya kepada mulut dan gusi anda.

Mengekalkan kebersihan dan kesegaran gigi palsu anda bukan sahaja dapat membantu menghapuskan risiko nafas berbau busuk, tetapi boleh juga membantu anda berasa yakin di dalam situasi sosial. Doktor gigi anda sentiasa bersedia untuk menawarkan lebih banyak lagi nasihat tentang rutin pembersihan gigi palsu anda.

* Peratus yang dicapai dalam ujian makmal

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022