Soalan umum

Tablet Pembersih Gigi Palsu

  • 1. Apakah cara terbaik untuk membersihkan gigi palsu?

    Menjaga gigi palsu anda adalah sama penting seperti menjaga gigi semula jadi. Ubat gigi biasa yang digunakan pada gigi semula jadi mungkin tidak sesuai untuk gigi palsu kerana boleh mencalarkan permukaan gigi palsu. Gigi palsu perlu dibersihkan setiap hari, dan memandangkan gigi palsu berbeza dengan gigi semula jadi, gigi palsu memerlukan kaedah khusus, seperti pembersih gigi palsu, yang direka untuk membunuh bakteria dengan berkesan dan mengurangkan pengumpulan plak dan kesan kotoran apabila digunakan seperti yang diarahkan.

  • 2. Bagaimanakah saya menggunakan pembersih gigi palsu Polident?

    1. Masukkan pembersih Polident ke dalam air suam (tidak panas) cukup untuk menutupi gigi palsu.
    2. Setelah merendam selama 3-5 minit, untuk hasil yang terbaik, berus gigi palsu dengan larutan Polident menggunakan berus gigi yang lembut.
    3. Bilas gigi palsu dengan air yang mengalir. Buang larutan sebaik sahaja selesai digunakan - atau seperti yang dinyatakan oleh arahan pada pek.
  • 3. Adakah terdapat had untuk tempoh masa gigi palsu boleh dibiarkan dalam larutan Polident?

    Pembersih gigi palsu mesti digunakan mengikut arahan yang disyorkan pada pek. 

  • 4. Bagaimanakah pembersih gigi palsu Polident berfungsi?

    Apabila digunakan seperti yang diarahkan, sistem pembersihan pelbagai bahan dalam Polident membantu membersihkan gigi palsu dengan menghilangkan plak dan kesan kotoran serta membunuh 99.99% bakteria penyebab bau. Bahan pengoksidaan (Natrium perborat, Natrium perkarbonat dan Kalium monopersulfat) dalam perumusan adalah peluntur dan berfungsi untuk menghilangkan kesan kotoran yang terkumpul setiap hari. Bahan-bahan tersebut juga berkesan dalam membunuh bakteria dan mikrob lain yang dikumpulkan oleh gigi palsu anda.

  • 5. Berapa kerapkah saya boleh menggunakan pembersih Polident?

    Pembersih Polident disyorkan untuk penggunaan harian.

  • 6. Mengapakah penting untuk menggunakan Polident setiap hari?

    Rutin pembersihan gigi palsu harian adalah penting untuk mengekalkan kebersihan gigi palsu.
    Sebaik sahaja gigi palsu diletakkan di dalam mulut, plak, kesan kotoran dan bakteria mula terbentuk.
    Polident dirumus khas untuk menghilangkan plak dan kesan kotoran tanpa merosakkan gigi palsu. Telah terbukti dalam memusnahkan aktiviti bakteria, membunuh 99.9% bakteria penyebab bau *.

    Kami mengesyorkan rendaman setiap hari dengan pembersih gigi palsu Polident diikuti dengan memberus dengan larutan dan bilas dengan sempurna di bawah air yang mengalir.

  • 7. Mengapakah saya mesti menggunakan tablet Polident dan bukannya ubat gigi biasa? Adakah tablet lebih baik daripada ubat gigi biasa?

    Ubat gigi biasa mungkin mengandungi bahan pelelas yang membantu membersihkan gigi semula jadi terutamanya melalui tindakan mekanikal. Seperti yang anda ketahui, akrilik yang digunakan dalam gigi palsu lebih lembut daripada enamel semula jadi. Oleh itu bahan pelelas dalam ubat gigi boleh mencalarkan permukaan gigi palsu, membantu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang berbau busuk.

    Perumusan tablet pencuci gigi palsu unik Polident tidak kasar, direka khas untuk bertindak lembut pada gigi palsu namun sukar pada bakteria.

  • 8. Bolehkah produk pembersih gigi palsu Polident digunakan bersama alat ortodontik?

    Apabila digunakan seperti yang diarahkan, pembersih Polident sesuai digunakan bersama alat pergigian/ortodontik yang tediri daripada polimetil metakrilat, keluli tahan karat dan aloi krom kobalt. Sila rujuk doktor gigi anda untuk mendapatkan nasihat khusus berkenaan peralatan anda.

  • 9. Saya nampak bintik-bintik dalam larutan Polident. Adakah itu normal?

    Selepas larutan Polident larut sepenuhnya, anda mungkin melihat mendapan di bahagian bawah bekas. Ini adalah normal.

    Ingat untuk membilas dengan sempurna gigi palsu anda dengan air yang mengalir sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan gigi palsu sebelum meletakkannya di dalam mulut anda.

Pelekat Gigi Palsu

  • 1. Bagaimanakah saya menggunakan pelekat gigi palsu Polident?

    1. Bersih dan keringkan gigi palsu.
    2. Sapukan dalam jalur kecil seperti yang ditunjukkan. Jangan terlalu dekat dengan tepi gigi palsu.
    3. Bilas mulut dengan air.
    4. Lekatkan gigi palsu pada tempatnya dengan kemas dan gigit seketika untuk memantapkan posisinya.
  • 2. Bolehkah saya menggunakan pelekat gigi palsu dengan kerap?

    Pelekat gigi palsu Polident mempunyai profil yang terbukti berkesan sekiranya digunakan mengikut arahan label. Pengguna disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi mereka secara berkala untuk memastikan gigi palsu dipasang dengan betul.

  • 3. Berapa lamakah pelekat gigi palsu Polident mampu memberi pegangan?

    Perumusan kami memberikan pegangan yang berkesan sepanjang hari untuk gigi palsu yang dipasang dengan baik (sehingga 12 jam) — bergantung kepada individu, pemasangan gigi palsu, dan jumlah air liur di dalam mulut serta makanan dan minuman yang diambil. Berjumpa doktor gigi anda secara berkala. Gigi palsu yang tidak sesuai boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

  • 4. Bagaimanakah pembersih gigi palsu Polident berfungsi?

    Pelekat Polident telah ditunjukkan dalam kajian klinikal dapat memberikan manfaat kepada pengguna dalam pegangan gigi palsu sepanjang hari dan menyekat kemasukan sisa makanan. Pegangan gigi palsu secara fizikal berlaku apabila pelekat mengembang akibat kelembapan (air liur) dan menghalang kemasukan udara antara permukaan gigi palsu dengan permukaan tisu. Ruang kosong antara gigi palsu dan gusi dikurangkan, memberikan lebih keyakinan kepada pesakit untuk menggigit dengan lebih kuat dan mengambil makanan sihat yang beraneka jenis.

  • 5. Bagaimanakah pelekat gigi palsu Polident menghalang kemasukan makanan?

    Pelekat gigi palsu Polident menghidrat untuk membentuk penghalang fizikal antara gusi dan permukaan gigi palsu. Penghalang fizikal ini berfungsi untuk menyekat sisa makanan daripada terperangkap di antara gusi dan gigi palsu.

  • 6. Bagaimanakah saya mengeluarkan pelekat daripada mulut dan gigi palsu saya?

    Anda harus lalukan mulut anda dengan air suam dan kemudian keluarkan gigi palsu perlahan-lahan dengan mengayunkannya.

    Tanggalkan baki pelekat dari gigi palsu dan mulut dengan air suam dan berus lembut.

    Gunakan Tablet Pembersih Gigi Palsu Polident untuk membersihkan gigi palsu anda dengan teliti dan bilas dengan air – atau seperti yang dinyatakan oleh arahan pada pek.

  • 7. Adakah produk Gigi palsu GSK mengandungi zink?

    Pada masa ini, produk gigi palsu GSK tidak mengandungi zink. Pelekat gigi palsu GSK yang mengandungi zink dihentikan pengeluarannya pada bulan Februari 2010.

  • 8. Adakah produk Kesihatan Oral GSK mengandungi triclosan?

    Pada tahun 2008, Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK mengambil keputusan untuk mengeluarkan triclosan daripada produk penjagaan oral, di seluruh dunia. Triclosan dikeluarkan daripada semua produk penjagaan oral, menjelang Januari 2013.

    *dalam ujian makmal
    Tanda dagangan dimiliki oleh atau diberi lesen kepada kumpulan syarikat GSK.

    ©2021 Kumpulan syarikat GSK atau pemberi lesennya.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A), Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) and Polident Denture Adhesive Cream - Max Hold and Seal (GA4815223-149662) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022