MAKAN DENGAN PELEKAT GIGI PALSU

Apabila anda sudah biasa dengan gigi palsu anda (dikenali sebagai gigi tiruan), pengambilan makanan kadangkala menjadi sukar kerana boleh menyebabkan gigi palsu anda tergelincir di dalam mulut anda. Walau bagaimanapun, anda boleh belajar cara untuk menyesuaikan diri dan cara untuk makan dengan gigi palsu dengan diberi sedikit masa dan latihan. Dengan menggunakan pelekat gigi palsu, seperti dalam rangkaian Polident, gigi palsu anda lebih cenderung berada kukuh di kedudukan yang tetap – memberikan anda jaminan dan keyakinan apabila makan.

man enjoying difficult to eat food

APAKAH FUNGSI PELEKAT GIGI PALSU?

Pelekat gigi palsu dapat membantu memberikan pegangan yang kuat boleh mengelakkan gigi palsu anda daripada terkeluar, dan membantu anda berasa yakin ketika menggigit makanan yang lebih sukar. Makan dengan gigi palsu juga menjadi lebih mudah kerana pelekat dapat membantu menyekat sisa makanan, memastikan ia tidak terlekat di bawah gigi palsu anda.
 

CARA PENGGUNAAN PELEKAT GIGI PALSU

Sebelum menggunakan pelekat gigi palsu, anda perlu memastikan bahawa anda membersihkan dan mengeringkan gigi palsu dengan sempurna. Kami mencadangkan anda menggunakan pelekat gigi palsu seperti yang diarahkan pada pek untuk mendapatkan pegangan yang kuat. Mendapatkan jumlah pelekat yang betul mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa menggunakannya setiap hari.

Walaupun pelekat gigi palsu mempunyai banyak manfaat, ketahui bahawa pelekat tidak berfungsi dengan sempurna bagi gigi palsu yang tidak dipasang dengan betul. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan pemasangan gigi palsu anda, anda mungkin ingin membuat janji temu dengan doktor gigi anda untuk membincangkan pilihan anda. Pelarasan dan penyesuaian kecil untuk pemasangan yang kukuh boleh memakan masa yang lama bagi memastikan anda berasa lebih yakin dan selesa semasa memakai gigi palsu anda.
Makan dengan gigi palsu tidak seharusnya menyebabkan anda berasa tidak selesa – anda seharusnya dapat menikmati kebanyakan makanan kegemaran anda seperti biasa dan menggunakan pelekat gigi palsu dapat membantu anda berasa lebih yakin.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022